UCAPAN PENGERUSI KOFAZ

Assalamualaikum..
Segala puji bagi Allah, sekian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
Pertamanya saya ingin mengalu-alukan semua yang berkunjung ke blog www.kofaz.blogspot.com ini. Terima kasih diatas kesudian kalian meluangkan masa bersama kami di sini seketika.

Koperasi Sekolah-Sekolah Kafa & Tahfiz Selangor Berhad telah hampir setahun beroperasi dengan tujuan mengumpulkan semua guru-guru Kafa & Tahfiz dan juga masyarakat umum di luar sana berada di bawah satu bumbung. Di samping mengumpulkan guru-guru Kafa & Tahfiz, Kofaz juga berharap dengan adanya koperasi ini, pelbagai aktiviti mampu dirancang tidak kira dari segi ekonomi, pendidikan, kebajikan dan sebagainya.

Kofaz mengharapkan sokongan dan juga dokongan dari semua pihak untuk kemaslahatan Ummah khususnya.

Semoga dengan usaha yang sedikit sebanyak ini mampu membuahkan amal jariah dari kita di dunia dan juga di akhirat.Amin.


Sebahagian daripada produk-produk keluaran Kofaz

Thursday, August 19, 2010

Salam Ramadhan


Pihak pengurusan Koperasi Sekolah-Sekolah Kafa & Tahfiz Selangor Berhad mengucapkan selamat berpuasa & berbuka & bersahur kepada semua
Jangan lupa untuk berterawikh , bertadarus dan menunaikan perintah Allah.Semoga Ramdhan kali ini memberikan seribu pengertian buat kita.!
Ramadhan Kareem...

Tuesday, June 22, 2010

Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua yang menziarahi Blog http://kofaz.blogspot.com ini.

Terima Kasih daripada Kami Koperasi Sekolah-Sekolah Kafa & Tahfiz Selangor Berhad di atas sokongan dan juga perihatin anda kepada Ahli Lembaga Koperasi (ALK) lantikan baru ini. Kami sangat menghargai segala sokongan yang tidak berbelah bahagi yang telah anda semua berikan kepada KOFAZ sejak penubuhannya.

Insya Allah Kofaz akan terus merencanakan segala aktiviti yang telah kami rancangkan sepanjang tahun ini. Melalui http://kofaz.blogspot.com ini, insya Allah semua ahli akan mendapat informasi terkini yang akan kami sediakan sepanjang tahun.

ALK Kofaz mengharapkan sokongan dan juga kritikan dan anda untuk kami memperbaiki Koperasi ini supaya berada setanding dengan koperasi-koperasi yang sedia ada di Malaysia.